Kuih raya ini menggunakan tujuh bahan dan tidak menggunakan esen vanilla atau sebarang pewarna. Warna kuning yang kelihatan adalah hasil daripada campuran tepung kastard.
“Try buat utk berbuka , banyak pulak dapat so bagi sikit utk mak mertua n nenek . Seronok buat sbb bila masak kelopak dia mmg kukuh teguh tak layu lembek tak hancur berderai 😅 Tapi Bila gigit melting jeeee 👍 Tq azlina ina sikit pun x kedekut ilmu resepi 💕
Perhatian ❗
Resepi ini tak gunakan sebarang pewarna atau esen vanila , bau wangi die dari custard dan tepung jagung tu dah cun , warna die asli dari custard dah cantik tak perlu letak pewarna.
SAMPERIT MATAHARI MELTING (7 bahan).”
Bahan :
250 gm butter / 1 cawan Marjerin pelangi
1 cawan susu pekat (kalau nak guna gula ising pun boleh)
1 biji kuning telur
1/2 cawan susu tepung (saya guna susu fernleaf anak)
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung custard
2 cawan tepung gandum
Cara :
1. Satukan butter, kuning telur dan susu pekat. Kacau.
2. Kemudian masukkan susu tepung, tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata.
3. Tuang sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga licin dan tidak melekat di tangan. Cara uli, kaup balik dan lenyek pakai belakang tangan.
4. Kemudian terapkan pada acuan. Sapukan dulang dengan marjerin. Hiaskan doh.
5. Bakar pada suhu 160-170C selama 25 hingga 30 minit menggunakan api atas bawah.
Sumber : Wan Atirah WM