Semperit susu warna warni ala unicorn ini bukan sahaja enak, namun penampilannya cukup menarik perhatian. Apa yang penting, untuk membuatnya mudah sahaja, tidak perlu menggunakan mixer dan pandai bermain warna. Barulah meriah raya nanti walaupun masih PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
Bahan :
500 gm butter
1 tin susu pekat (saya guna F&N)
2 sk esen vanilla
200 gm tepung ubi kayu – ayak
800-900 gm tepung jagung – ayak
Pewarna pilihan (saya guna pewarna gel)
Cara :
1. Satukan susu, butter dan esen vanila menggunakan senduk kayu sahaja. Biar sekata dan TAK PERLU PUKUL.
2. Kemudian masukkan tepung ubi dan tepung jagung yang sudah diayak.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pada bahagian-bahagian tersebut.
4. Bakar pada suhu 170C dan mengikut oven masing-masing. Satu adunan dapat 250 biji.
5. Jangan gunakan mixer. Satukan bahan biar sebati menggunakan senduk kayu. Tak perlu pukul butter dan susu.
6. Biarkan suhu bilik dalam 15 hingga 30 minit sebelum bakar.
* untuk mengelakkan adunan keras, tutup adunan.
Sumber : Zana Adam