fbpx

Semperit Warna Hijau, Pasti Anak-Akan Tertarik! Rasa Pun Sedap.

iCookAsia

Hai semua. Sempena nak Raya Haji ni kan, jom kita try resepi biskut Semperit ni, boleh juga mencuba bersama anak-anak, dengan warnanya yang menarik pasti anak-anak ringan tangan nak tolong 😍😍

Jom cuba resepi ini hasil perkongsian dari saudari Sofea Ahmad

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm butter
  • 3/4 cawan Krimer Manis Tembikai Susu SAJI
  • 400 gm tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung kastad
  • sedikit pewarna makanan hijau
  • secubit garam

 

CARA-CARA

  1. Gaul butter dan susu hingga sebati menggunakan senduk.
  2. Masukkan pewarna hijau dan garam, gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung kastard.
  4. Gaul hingga doh tak melekat.
  5. Tekan dgn acuan semperit dan hias dengan manik @choc chip @ceri.
  6. Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Kredit: Sofea Ahmad

Bagi anda yang ingin dapatkan barang dapur, jom dapatkan di shop.icookasia.com. 

Selamat mencuba!

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x