fbpx

Semudah ABC, Nasi Arab Beserta Ayam Bakar, Ada Langkah Penting Untuk Lazatkan Nasi. Resipi #Ramadan.

iCookAsia

Nasi Arab, sesuai untuk dijamah waktu berbuka dan untuk santapan Aidilfitri tidak lama lagi. Cara buatnya cukup mudah namun ada langkah penting yang wajib dibuat bagi menambah aroma dan kelazatannya.

“Try buat nasi arab pakai bahan2 kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dgn jayanya. Menu berbuka semalam😍 utk 6 org makan. Kongsi jgk la mana tau ada yg berkenan. Untuk resepi nasi dan ayam ada kt setiap gambar dengan step2 nya sekali… Ni resepi utk salatoh dan salsa.”

 

Bahan Salsa/sambal arab :

Cili api

Cili besar

Tomato

Bawang putih

Daun ketumbar

Garam sedikit

 

Cara :

1. Kisar semua bahan di atas dan perah sedikit jus lemon.

 

Bahan Salatoh :

Tomato

Timun

Bawang besar

 

Cara :

1. Potong kiub semua bahan.

2. Hiris daun pudina dan daun ketumbar.

3. Gaulkan semua dalam satu bekas. Perasakan dengan gula dan garam. Kemudian perah sedikit jus lemon.

 

Bahan Rebusan Ayam : (langkah paling penting untuk dapatkan rasa Nasi Arab)

3 whole leg Ayam

1 biji Bawang besar (kalau besar, guna separuh sahaja)

1 biji Tomato

1 sk jintan manis

1 sk lada hitam

1 sk biji ketumbar

3 biji Buah pelaga

1 kiub ayam

1/2 sk serbuk kunyit

1 sk rempah kurma

2 sudu minyak masak

Sedikit garam

 

Cara :

1. Rebus sampai ayam dengan semua bahan sehingga masak.

2. Simpan air rebusan kerana ia akan digunakan untuk masak nasi.

3. Selebihnya dibuat sup untuk makan dengan nasi. Sedap dan rasa sup berempah.

4. Angkat ayam daripada rebusan dan perap dengan :

Serbuk cili

Serbuk kari

Sos tiram

Garam dan perasa

1 sb Madu/Gula

2 sb Minyak masak

5. Perap sebentar. Sambil itu boleh sediakan nasi.

6. Selepas itu boleh panggang. Bakar pada suhu 150 menggunakan api atas sahaja selama 30minit. Apabila sudah bakar dalam 15 minit, keluarkan sekejap dan sapu lebihan bahan perap tadi. Bakar semula dan hasilnya ayam berkilat dan cantik.

7. Ayam boleh dimasak sekali dengan nasi. Namun saya lebih suka aroma panggang.

 

Nasi Arab

Bahan tumis :

1 biji Bawang besar

1 inci Halia

3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)

Cara :

1. Panaskan marjerin/ butter. Kalau nak lebih sedap, boleh gunakan minyak sapi.

2. Kemudian masukkan bahan hiris dan tiga sekawan. Tumis sampai garing.

3. Selepas itu masukkan beras. Gaul bersama bahan tumis. Tumis lagi sehingga garing, nasi akan bertambah enak.

4. Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam kuali.

5. Kalau menggunakan beras biasa, sukatannya seperti biasa. Namun jika guna beras basmathi, guna 1 cawan beras bersamaan dua cawan air. Beras basmathi kena rendam 30 minit dahulu sebelum dimasak.

6. Bila nasi sudah kering, tuang pewarna atau minyak carotina. Selepas 10 minit baru boleh kacau nasi. Dan tabur daun ketumbar untuk memberi lebih aroma.

Sumber : Nur Aisya‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x