Harga Ikan Siakap di pasaran memang sedikit mahal. Tetapi, kalau anda rajin cari tempat pasar borong di kawasan rumah, memang boleh jumpa harga yang berpatutan. Kalau jumpa tu, memang nikmat boleh masak pelbagai hidangan.
Nak lagi mudah, boleh cuba Ikan Siakap Kukus ni. Ada pengukus di rumah? Ok jom buat!
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Ikan Siakap Kukus ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Asam keping
Daun limau purut
Buah tomato
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Cara memasak: Kesemua bahan diletakkan bersama ikan dan dikukus selama 40 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/