Mesti ramai suka makan Puding Karamel kan? Tapi ada sesetengah orang yang tidak gemarkan makan telur. Jadi, tak perlu risau, anda boleh sahaja cuba resepi ini, tak guna telur pun. Yang penting, rasanya masih sama dan sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Qasih Jue Aisya perkongsian resipi Puding Karamel Tanpa Telur ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Karamel):
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
Masak atas api kecil hingga perang dan sejukkan
Bahan B (Puding):
10 g agar2 tali
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu kecil asen vanila
2 sudu besar tepung kastad
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan kesemua bahan B.
- Kemudian, kacau selalu.
- Apabila adunan sudah mendidih dan kelihatan sedikit pekat, tutup api.
- Tapiskan dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
- Akhir sekali, sejukkan dalam 3 hingga 4 jam. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Qasih Jue Aisya(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity