Ramai yang tersekat kemampuan untuk membuat Takoyaki disebabkan tiada acuan sendiri di rumah. Namun jika ikutkan perkongsian Fuzi Omar, tiada apa yang mustahil.
Caranya mudah sahaja, dapatkan acuan paniaram di kedai India dan olah mengikut kreativiti. Untuk satu adunan yang dikongsikan dapat menghasilkan 26 hingga 30 biji Takoyaki.
Bahan :
2 cwn Tepung gandum
3 sudu besar Tepung jagung
2 biji Telur
2 cwn Susu cair
2 cwn Air
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu kecil Baking powder
1 Kiub ayam
Secubit garam
Cara :
- Satukan semua bahan dan kisar sehingga sebati dan tapis adunan. Adunan mestilah cair seperti adunan roti jala supaya dapat menghasilkan takoyaki yang lembut.
Bahan Inti :
Udang / Sotong / Sosej / Jejari ketam
Kobis bulat – hiris halus
Cara :
- Panaskan acuan takoyaki atau paniaram dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
- Tuangkan adunan sehingga tiga perempat penuh.
- Kemudian masukkan inti seperti udang / sotong / sosej atau jejari ketam.
- Taburkan sayur seperti kobis yang dihiris halus.
- Tuangkan lagi adunan sehingga memenuhi acuan.
- SentiasapPusing-pusingkan adunan takoyaki sehingga membentuk bebola. Adunan berlebihan disumbatkan masuk ke dalam acuan dan pusing-pusingkan sehingga membentuk bebola.
- Sewaktu memasak takoyaki, pastikan sentiasa renjiskan minyak masak di celah acuan sehingga garing. Siap dan ketepikan.
- Boleh curahkan sos takoyaki, mayonis, bonita flake dan seaweed. Bahan-bahan ini ada dijual di kedai bakeri.
Kredit resipi & foto : Fuzi Omar
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/