Penggemar hidangan masakan Cina pasti sukakan wantan kan? Apa yang menarik, menurut pemilik resipi Mary Teo Lee Na, inti yang sama boleh digunakan untuk dibuat sup, kukus, grill dan goreng, malah boleh dijadikan bebola.
Jelasnya lagi, resipi original orang Cina hanya menggunakan isi daging, lada sulah, bawang putih dan garam. Namun bahan boleh diolah sendiri supaya lebih kaw.
Bahan :
Isi dada ayam – potong kecil
Bawang putih – cincang hancur
Sos tiram
Kicap cair
Garam
Lada sulah
Minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Kulit wantan
Cara :
- Potong isi ayam kecil-kecil untuk dicincangkan sehingga halus.
- Masukkan bawang putih yang dicincang ke dalam isi ayam dan cincang bersama.
- Selepas itu masukkan inti ayam tadi ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit sos tiram, kicap cair, garam, lada sulah, minyak bijan dan sedikit tepung jagung. Gaul rata.
- Ambil kulit wantan dan isikan inti sebanyak mungkin namun pastikan boleh dilipat.
- Untuk goreng, lebih mudah buat bentuk segitiga.
- Cara balutnya cukup mudah, masukkan inti di tengah dan lipat segitiga dan lipat penjuru masuk seperti napkin.
- Untuk membuat sup, hiris bawang merah dan tumis sehingga garing. Masukkan air, satu kiub pati ayam. (Jika rajin buat stok ayam sendiri, rebus tulang rangka ayam). Perasakan dengan garam, sedikit sos ikan dan lada sulah. Selepas sup didih masukkan wantan dan masak sehingga warna kulit wantan bertukar warna.
- Jika mahu inti lebih sedap, boleh masukkan lobak merah, kulat hitam dan udang. Pastikan semuanya dihiris halus dan dicincang.
Kredit resipi & foto : Mary Teo Lee Na
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/