fbpx

Serunding Ikan Kembung. Stok Ramadan Dan Raya. Boleh Buat Inti Popia Simpul. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Serunding ikan memang popular di kala bulan Ramadan, selain dijadikan inti popia simpul, bolehlah dijadikan lauk untuk sahur.

 

Bahan :

Ikan kembung 3kg (rebus asam + garam)

*toskan dan buangkan tulang

Bahan – kisar bahan bertanda *

*12 ulas Bawang merah kecil

*7-8 ulas Bawang putih

*1 biji Bawang holland

*2 inci Halia

*2 inci Kunyit

*2 inci Lengkuas

*4 batang Serai

*Cili kering (saya beli yang RM1 – potong, rebus dan kisar sendiri)

2 keping Asam keping

1 biji Santan (ambil yang pekat sahaja)

 

Cara :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan ikan yang telah dibuang tulang. Letak santan, asam keping dan gula garam secukup rasa (jika nak letak nissey pun boleh juga).

3. Keringkan sehingga kering. Saya masak selama 2 jam bagi kering.

Sumber : Cik Pipah

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x