Nak buat resepi Puding Kastard Jagung hanya memerlukan bahan yang mudah sahaja. Cara untuk buat dessert ini pun sangat senang dan ringkas. Dengan rasa yang manis dan creamy menjadikan ia sangat sedap untuk dimakan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Aishah Jai perkongsian resipi Puding Kastard Jagung ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
3 cawan air (Boleh guna air masak)
1 cawan susu segar (Boleh guna brand yang disukai, kalau nak berlemak lebih guna susu full cream)
2 sudu gula
3/4 cawan susu pekat manis (Boleh guna 3 sudu sahaja tapi kalau nak manis, boleh guna sukatan ini)
1/2 cawan santan (lebih kan sikit kalau nak lagi lemak)
1/2 sudu kecil garam
1/2 tin jagung (Boleh guna 1 tin terus)
Pewarna kuning (kalau nak naikkan warna puding)
Esen vanila (Optional)
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan kesemua bahan dalam 1 periuk dan gaul sebati.
- Masak guna api kecil sehingga likat , kacau sampai ada buih-buih kecil tau.
- Kemudian, tuangkan ke dalam bekas acuan dan sejukkan sekejap.
- Masukkan ke dalam peti selama 2 hingga 3 jam.
- Sedia untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Aishah Jai(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity