fbpx

Siakap Kengsom Thai, Cukup Rasa Masam Manis Pedas. Fuh Memang Layan!

iCookAsia

Sebenarnya cukup je kalau kita masak 1 lauk saja. Jimat masa dan tenaga. Sebab tu kena try buat Siakap Kengsom Thai ni. Dengan rasa masam, manis and pedas, memang sedap la jadinya. Makan pula dengan telur dadar.

Jom try.

Terima kasih Nor Atika Nazirah untuk perkongsian resipi Siakap Kengsom Thai 🙂

Bahan- bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Cili padi hijau

Cili merah hidup

Belacan

Asam jawa

Kunyit hidup

Limau nipis

Serai

Nenas

Tomato

Daun kesum

Sayur kangkung

Garam

Serbuk perasa

Gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisar bawang merah,bawang putih,cili padi hijau,cili merah hidup,kunyit hidup dan sedikit belacan. Kisar kesemuanya sekali.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk, masak kesemuanya bahan kisar tadi sehingga betul2 masak. 
  3. Kemudian boleh masukkan nenas. 
  4. Jika nenas dah mula empuk, masukkan ikan. 
  5. Perasakan dengan garam, gula, asam jawa, air perahan limau nipis dan serbuk perasa.
  6. Akhir sekali, bila ikan sudah mula empuk, boleh letakkan tomato, daun kesum dan sayur kangkung.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Atika Nazirah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x