fbpx

Siakap Stim Limau, Menu Yang Menjadi Kegemaran Ramai. Fuh Memang Sedap Rasanya!

iCookAsia

Nak masakan yang simple tapi penuh dengan kelazatan? Apa kata cuba masak Siakap Stim Limau ini. Mudah sahaja tapi rasa dia memang padu. Tambah pula, makan dengan nasi panas, confirm bertambah makan ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Norhidayah Mohd Aripin perkongsian resipi Siakap Stim Limau ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

8 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 1/2 inci halia (dihiris panjang)

6 biji cili api dipotong kecil

2 batang serai (dihiris halus)

Batang daun ketumbar (dipotong pendek)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, Bersihkan ikan dan kelar sedikit badannya.
  2. Lumur sedikit garam dan masukkan bahagian akar dan hujung serai yang sudah dititik ke dalam perut ikan.
  3. Kukus ikan bersama akar ketumbar dan serai sekejap dengan anggaran bawah 10 minit bergantung pada saiz ikan.

Bahan B:

6 sudu besar sos ikan

Segelas air panas (bergantung banyak mana kuah yang dikehendaki)

1 sudu kecil serbuk Hilal

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula Thai

3 – 4 sudu besar air limau nipis

Cara membuat:

  1. Campurkan bahan A dan bahan B, kacau sebati.
  2. Masukkan bahagian lebihan daun ketumbar tadi dan tomato. Akan jadi seperti gambar di bawah.
  3. Apabila ikan sudah masak, angkat dari pengukus dan curahkan ikan dengan bahan bahan tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhidayah Mohd Aripin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x