Sayur Siew Pak Choy Goreng yang enak ini boleh menjadi pilihan baru untuk anda jika anda bosan dengan sayur sawi yang sedikit pahit.
Video ini dibawakan khas dengan kerjasama Saji.
Bahan-Bahan
2 sudu Minyak Masak SAJI
1 sudu besar Sos Tiram SAJI
2 sudu besar Sos Cili SAJI
2 sudu Sos Tomato SAJI
400gm sayur siew pak choy
150 gm isi ayam
4 ulas bawang putih – dicincang halus
4 sudu besar air
Cara Menyediakan
1. Rebus sayur siew pak choy, dan susun atas pinggan
2. Panaskan Minyak Masak SAJI
3. Tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan Sos Tiram SAJI, Sos Cili SAJI dan Sos Tomato SAJI
4. Kemudian masukkan air dan gaul sejati
5. Curahkan kuah ke atas sayur siew pak choy tadi.
6. Siap untuk dihidangkan