fbpx

Simpan Stok Barli Di Rumah, Amalkan Minum 2 Kali Sehari. Mampu Kurangkan Kolestrol Dan Berat Badan

iCookAsia

Barli, bukan sahaja mampu menyejukkan badan, namun khasiatnya cukup banyak. Kalau boleh, simpan stok air barli di rumah dan amalkan setiap hari bagi kesan maksimum kepada tubuh badan.

Tip Eja Razak ini cukup bermanfaat dan mudah sekali. Jom ikuti perkongsiannya.

“Stok barli sentiasa ada dekat rumah ni. Cara saya nak elak hari-hari merebus barli. Rebus 1 cawan barli bersama 3 cawan air, Apabila barli sudah masak lembut dan air rebusan sudah pekat tutup api. Gunakan api perlahan je.

Sejukkan dahulu sebelum isi dalam bekas. Simpan dalam peti ais. Setiap kali nak minum, ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas. Biarkan selama 30 minit sebelum diminum. Amalkan sehari 2 kali. Tidak perlu letakkan gula.

Khasiat barli.
Mampu kurangkan kolestrol dalam badan.
Mampu kurangkan berat badan. Minum dan makan biji barli pada waktu pagi dan akan kenyang sampai tengah hari.
Mampu turunkan suhu badan ketika deman.
Sesuai untuk ibu mengandung. Mampu elak sembelit dan kawal gula dalam badan.
Kaya vitamin b dan kalsium,” kongsinya.

Sumber : Eja Razak

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x