fbpx

Spaghetti Aglio Olio Seafood. Cepat Dimasak Enak Dimakan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Andai tidak mahu renyah memasak untuk berbuka, hidangkan sahaja Spaghetti Aglio Olio, cara memasaknya mudah namun cukup enak dan menyelerakan.

Namun ad acara yang betul untuk mendapatkan kekenyalan pasta, mesti korang selalu dengar istilah ‘al dente’ kan. Jika pasta direbus terlalu lama, ia akan lembik. Pasta mesti direbus sehingga ‘al dente’ iaitu tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Kiranya jika dimakan, ia harus terasa tekstur kekenyalannya.

Cara merebus, air haruslah banyak dan pastikan air mendidih sebelum masukkan pasta. Jangan terlalu kacau pasta semasa direbus bimbang terputus dan masukkan sedikit minyak supaya pasta tidak kering atau melekat.

 

Bahan :

1 paket spaghetti

10-15 ekor udang

5-6 ekor sotong

2 batang sosej

4 ulas Bawang putih

1 sb chili flakes

1 sb lada hitam

3 sb srbuk oregano

5 biji cili kering

1 kiub ayam

2 keping cheese

Tomato

Lada benggala

 

Cara :

1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7 hingga ke minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.

2. Dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Apabila dah naik bau, letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.

3. Kemudian masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Selepas itu, masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.

4. Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5. Akhir sekali, masukkan spaghetti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan.

 

P/s: Bagi yang sukakan pedas, boleh tambahkan lebih sedikit chili flakes dan lada hitam.

Sumber : Nafsiah Rahim

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x