Kalau anda ingat, dulu pernah viral mengenai Spicy Korean Chicken ini. Ramai yang membeli kerana rasa nya yang begitu memikat hati. Tapi sekarang pun masih ramai yang membeli nya tau. Buat sendiri pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Cik Puan Julieta perkongsian resipi Spicy Korean Chicken ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Perapan Ayam):
10 ketul ayam bahagian wing
7 ulas bawang putih (Tumbuk halus)
2 inci halia (Tumbuk halus)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu gula
Secubit garam
Cara membuat:
- Mula-mula, tumbuk bawang putih dan halia sehingga halus.
- Tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya dan lumur pada ayam.
- Perapkan selama 30 minit.
Bahan B:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Cara membuat:
- Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung.
- Golekkan ayam dalam tepung dan goreng sehingga keperangan.
Bahan C (Sos):
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 senduk cili kisar
2 biji cili padi merah (tumbuk halus)
2 ketul kecil gula gerek
7 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu madu
1 sudu jus lemon atau cuka
Garam secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang putih hingga perang.
- Kemudian, masukkan cili kisar dan cili padi merah. Masak hingga garing.
- Masukkan sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu. Biarkan seketika.
- Seterusnya, masukkan jus lemon atau cuka. Kacau sebati.
- Masukkan secubit garam.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Julieta(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity