fbpx

Step-By-Step Asam Pedas Johor, Sedapnya Pasti Terangkat!

iCookAsia

Resepi asam pedas Johor ni berbeza sikit dengan resepi asam pedas lain kan? Tetapi rasanya memang sedap dan padu. Kalau pandai buat, memang boleh bangga dengan mak mertua lah 😁

Jom kita try.

Terima kasih untuk Sharinaz Redwan atas perkongsian resipi Asam Pedas Johor ini 😊

Bahan-bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh
2 senduk cili blend

Bahan lain:
Ikan kembung @ ikan apa-apa pun ok
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar sampai betul-betul pecah minyak. Masukkan air asam jawa, tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap.


2. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum. Biarkan api sederhana sehingga mendidih dan ikan masak.


3. Perasakan dengan garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Sharinaz Redwan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x