Ada peminat Cakoi di sini? Kuih yang sangat lembut, dan lebih sedap di cicah dengan kuah pandan atau Sambal Bilis. Tapi pembuatan Cakoi sendiri mungkin agak susah. Jadi, jom Admin kongsikan resepi daripada seorang pengguna Facebook ini.
Beliau siap beritahu step-by-step untuk buat Kuih ini. Jom cuba. Dah mahir nanti boleh la buat sebagai jualan kalau berminat.
Terima kasih Simon Lim untuk perkongsian resipi Cakoi ini 🙂
Bahan-bahan:
500grm tepung naik sendiri
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan baking powder
⅓ sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
1 biji telur
250ml air suam
Cara membuat:
- Campur semua bahan dan gaul rata.
- Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sampai habis sambil uli guna tangan sahaja. Kalau doh masih keras, tambah air sedikit untuk biar doh agak lembut (kerana ada tepung perlu air yang banyak dari biasa). Kalau doh melekat di tangan tuang sedikit minyak di tangan anda dan ulang uli dlm masa 10 minit.
- Selepas itu, masukan doh ditutup dengan plastik atau rapping plastic dan simpan dalam peti sejuk, perap selama 6 ke 8 jam.
- Keluarkan doh dan leperkan, potong setiap doh dalam 10cm. Selepas itu, ambil chopsticks bersama air dan sapu atau tekan atas setiap doh ke 2.
- Ambil doh yang satu lagi, tindis di atas doh yang diberi air tadi dan tekan tengah doh dengan chopstick.
- Sebelum goreng cakoi, tarik memanjang doh dan masukan dalam kuali perlahan untuk elak minyak goreng terkena anda dan goreng dengan api sederhana saja. Masa goreng cakoi harus di belek-belek terus sampai masak kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Simon Lim (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos