fbpx

Susah Nak Berhenti Bila Kunyah, Cuba Resipi Keropok Lenyek Ini.

iCookAsia

Keropok lenyek ini menggunakan ramuan rempah ratus yang akan memberikan 1001 rasa dalam setiap kunyahan. Cara membuatnya juga mudah, namun sekali makan memang susah nak berhenti. Kudapan ini juga sesuai jika korang nak buat jualan.

 

Bahan :

1 kg tepung gandum (RM2.80)

3 sdb udang geragau (RM0.50) – ikan bilis,udang kering pun boleh

1 cawan minyak masak (RM1.00)

1 biji telur (RM0.30)

*4 ulas bawang putih

*5 tangkai cili kering

*1 sdb jintan putih

*1 sdb jintan manis

*1 sdb garam bukit

2 cawan air

1 kg minyak untuk menggoreng

 

Cara :

1. Kisar bahan yang bertanda *

2. Satukan tepung dan minyak ke dalam bekas besar, dan tambahkan bahan kisar. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekit.

3. Ambil secubit dan bulat-bulatkan.

4. Ambil sebiji dan golekkan sedikit dengan tepung gandum. Selepas itu lenyek sehingga nipis. Gunakan penggelek, buat banyak sekaligus supaya boleh terus digoreng.

5. Panaskan minyak dan masukkan kepingan tepung. Jika bertindih, biarkan. Masak sehingga kekuningan dan campakkan daun kari. Angkat dan toskan.

Sumber : Hana Hana

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x