fbpx

Tak Payah Beli Dah, Buat Sendiri Je Tempe Dekat Rumah. Homemade Betul!

iCookAsia

Biasa kita beli Tempe dekat kedai je kan? Tahukah anda, kita juga boleh buat sendiri di rumah? Bila buat sendiri ni, barulah terjamin hasil dan bahan-bahan yang digunakan. Betul tak? 

Jom cuba!

Terima kasih Hussin Kasdi untuk perkongsian resipi Tempe ini 🙂

Cara penyediaan:


1. Didihkan air dan rendam 1 kg kacang soya. Simpan selama 48 jam.

2. Cuci bersih. Pastikan kacang pecah dua dan buang kulit. Kalau rajin kulit boleh guna untuk kompos.


3. Rebus kacang yang sudah bersih didih selama 20 minit. Sementara itu sediakan daun pisang untuk membungkus.

4. Toskan air. Biarkan ia betul sejuk. Kemudian gaul rata dengan ragi. Untuk 1 kg kacang soya 3 gram ragi.


5. Bungkus dengan daun pisang dan simpan dalam tuala dan perap selama 24 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hussin Kasdi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x