fbpx

Tak Perlu Beli Lepas Ni, Buat Sendiri Je Ayam Gunting Ala Uncle Bob.

iCookAsia

Ayam gunting memang cukup layan bila dimakan, rasa rangup dan pedas yang bersalut pada ayam buat tak puas makan. Jadi selepas ini bolehlah buat sendiri di rumah dengan perkongsian resipi Zaitun Abd Hamid.

 

Cara :

  1. Gunakan ayam bahagian dada yang sudah dibuang tulang.Potong nipis.
  2. Perap dengan 4 sudu sos tiram, 2 sudu serbuk BBQ coswayatau2 sudu sos black paper kimball, 2 sudu jus limau atau perahan lemon.
  3. Perap selama satujam.

Bahan salutan – bergantung kuantiti ayam :

Tepung Bistari pedas/original

Tepung ubi/Tepung beras

Sedikit serbuk roti

Serbuk cili & Serbuk lada putih – untuk ditabur pada ayam selepas digoreng

Cara :

  1. Gaulkan ayam yang diperap tadi pada tepung gorengan yang sudah siap dicampurkan.
  2. Tumbukkan sedikit isi ayam supaya tepung melekat pada isi ayam dan nampak lebih cantik apabila digoreng.
  3. Sambil gaul, tumbuk isi dengan tangan.

Kredit resipi & foto : Zaitun Abd Hamid

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x