Untuk membuat Kulit Tart agak mencabar dimana untuk mendapatkan hasil yang tidak merekah atau cepat rapuh. Jangan susah-susah, disini seorang pengguna Facebook kongsikan cara untuk membuat kulit tart cara mudah dengan hanya menggunakan roti sahaja. Bakar, dan siap!
Terima kasih Adri Oppa untuk perkongsian resipi Crispy Gardenia Egg Tart ini 🙂
Bahan-bahan:
Beberapa keping Roti gardenia
Bahan untuk Adunan Telur:
4 biji telur A
300gm susu segar
50gm susu pekat
140gm gula icing
1 sudu tepung jagung
Sedikit vanilla esenÂ
Sedikit pewarna kuning
Cara membuat:
1. Gelek roti hingga leper dan potong kepada empat (bergantung pada mould). Jika mould besar, guna sekeping-sekeping atau mould kecil perlu potong mcm tokey. Selepas itu, tekan masuk ke dalam mould.
2. Bakar selama 20 minit dengan suhu 200 celcius. Apabila roti sudah garing, kemudian masukkan adunan telur.
3. Bakar semula pada suhu 200 celcius selama 200 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Adri Oppa (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/Â