Semejak isu berkaitan Laksa pada pertengahan bulan ini, ia membuat ramai di kalangan rakyat Malaysia lebih ingin mengenali pelbagai jenis Laksa yang ada atau wujud di negara Malaysia ini. Baik yang tradisional atau tidak seperti Laksa moden. Isu Laksa telah menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi Laksa Utara/ Penang. Tetapi, jarang yang tekankan pada Laksa Sarawak.
Rupa Laksa Sarawak ini mungkin lebih kurang sama seperti Laksa Utara, tetapi jika anda mahir untuk menyediakan hidangan ini pasti tahu apa yang membezakan Laksa Sarawak dengan Laksa yang lain. Orang kata, tengok pun dah tahu. Haa, kalau anda tidak pernah buat, inilah masanya untuk mencuba. Kalau sedap, tak perlu lagi nak tunggu pergi Sarawak untuk dapatkan hidangan ini. Rasa hasil tangan sendiri dahulu, hehe.
Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Laksa Sarawak ini 🙂
Bahan pes:
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
3 batang serai*
1 sudu kecil belacan bakar*
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk jintan putih*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 bijan (disangai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara membuat:
- Kacang tanah dan bijan dikisar dahulu menggunakan blender kering.
- Kemudian satukan dengan bahan yang bertanda (*). Kisar semuanya sehingga lumat sebati.
- Panaskan minyak, tumis bahan hingga pecah minyak.
- Tambahkan garam, kacau sebati. Tutup api dan sejukkan.
Bahan kuah:
Pes laksa sarawak
500gm udang
2 batang serai (diketuk)
1 liter air
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Rebus udang dan serai bersama air.
- Masukkan pes laksa. Perlahankan api, masukkan santan dan garam. Boleh tambahkan air jika mahu kuahnya cair sedikit. Biarkan mendidih sebentar sebelum tutup api.
Bahan hidangan:
1 bungkus bihun (direndam dan dicelur)
Isi ayam (direbus dan dicarik halus)
4 biji telur (didadar dan hiris halus)
Taugeh (dicelur sebentar)
Daun ketumbar dan daun bawang (hiris halus)
Cili hidup (dihiris nipis)
Limau kasturi (belah dua
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos