fbpx

Tak Perlu Tunggu Nak Ke Thailand. Boleh Buat Sendiri Banana Pancake Ini. Guna Roti Paratha Je…

iCookAsia

Kalau anda yang pernah melancong ke Thailand, destinasi Thai Street Food mesti mencari tumpuan utama, kan? Pelbagai makanan yang menarik dijual dan antara yang menjadi kegemaran buat kebanyakkan pelancong adalah menu Banana Pancake. Orang kata, pencuci mulut yang paling sedap lah!

Tetapi, apabila musim pandemik ini, mesti kita akan had kan hari percutian kita sebagai langkah berjaga-jaga. Tiba-tiba teringin pula dessert dari Thailand ini. Macam mana? Jangan risau. Seorang pengguna Twitter ini kongsikan resepi yang diolah sendiri. Alamak, terliur pula tengok…

Terima kasih @aimartian untuk perkongsian resipi Banana Pancake ini 🙂

Cara penyediaan:


1. Gunakan frozen paratha brand Tisha (tapi brand apa pun okay sahaja). Paratha ni akan ada plastik, tetapi jangan dibuang. Biarkan dia atas plastik, letak dalam pinggan. Defrost untuk 5 minit.


2. Bila dah lembut, susun sliced bananas seperti dalam gambar. Kalau ikut betul susun 12, tapi susun 9 sahaja pun boleh. Kemudian, lipat macam dalam gambar.


3. Panaskan pan, letak butter. Boleh letak salted butter untuk rasa masin-masin. Nak guna minyak pun boleh tapi butter lagi sedap. Kalau tidak ada butter, pakai marjerin. Tanggalkan dari plastik dan letak kedalam pan. Biar selama 2-3 minit.


4. Kemudian, sprinkle sugar sikit. Sedikit sahaja, tak perlu banyak. Selepas itu, flip dia macam tu. Biar lagi 2-3 minit supaya masak dan garing.


5. Apabila sudah masak, angkat. Sapu chocolate hazelnut spread. Kalau anda tidak suka chocolate, ganti susu pekat manis. Potong, makan suam-suam tu sedap!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: @aimartian (Twitter)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x