fbpx

Tak Pernah Minum Dalgona Coffee? Kali Ni Wajib Cuba Tau!

iCookAsia

Tahu tak Dalgona Coffee pernah viral sewaktu perintah kawalan pergerakan pertama dulu? Memang ramai sangat yang share resepi ini dan macam-macam cara mereka variasikan Dalgona Coffee ini. Mana tidaknya, berbulan-bulan di rumah, jadi ramai yang memerlukan sesuatu untuk buat di rumah. Ini lah salah satu nya.

Jom Admin share resepi nak buat.

Terima kasih Meersha Sapian untuk perkongsian resipi Dalgona Coffee ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A:

2 sudu kecil kopi atau nescafe

2 sudu kecil gula

2 sudu kecil air panas

 Bahan-bahan B:

Susu fresh milk atau fullcream

Ais

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan semua bahan-bahan A. Seterusnya, kacau dengan menggunakan frother atau whisk. Kacau sehingga kelihatan seperti warna light brown.
  2. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam gelas transparent. Jangan risau, kalau guna gelas biasa sahaja pun boleh. Tapi tak nampak la air nya nanti.
  3. Seterusnya, tuang bahan A yang sudah dikacau ke dalam gelas tadi. Dia akan kelihatan seperti topping atas air tersebut.

Mudah kan? Kejap je dah siap. Boleh la isi masa terluang tak tau nak buat apa di rumah tu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Meersha Sapian(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x