Setiap kali pergi kenduri, mesti cari hidangan Ayam Masak Merah dengan Nasi Minyak. Fuh lauk ini di kenduri memang popular dan ramai suka. Automatik jadi sedap. Tapi itulah, bukan setiap hari ada kenduri kan hehe. Boleh buat sendiri je.
Jom try.
Terima kasih Fateema Azzahra untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Masak Merah ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
1 ekor ayam (Gaul garam kunyit, goreng separa masak)
10-12 tangkai cili kering (Rebus dan kisarkan bersama sedikit belacan)
2 batang serai (Diketuk)
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam, serbuk hilal, gula (Boleh guna gula kabong)
Bahan B (Untuk Dikisar) :
3 ulas bawang besar
5 ulas kecil bawang putih
Halia besar ibu jari
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Jika sudah wangi, masukkan cili kisar. Boleh guna cili boh yang sudah siap dan serai.
- Kemudian, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, sos dan gula kabong. Tambah air sikit lagi mengikut kepekatan ygang diingini.
- Kacau rata, dan masukkan ayam. Perasakan dengan serbuk hilal dan garam.
- Akhir sekali, kalau rasa dah okay, boleh taburkan hirisan bawang besar, cili besar, daun ketumbar dan bawang goreng. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fateema Azzahra(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity