Admin pasti ada para ibu yang bekerja di rumah dan masih rushing atau tidak sempat untuk sediakan hidangan untuk keluarga kan? Apa kata anda cuba resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Masakan lauk Kicap memang sudah terbukti paling simple, cepat tapi sedap. Makan dengan Nasi putih je pun dah sedap. Jom cuba!
Terima kasih Raha Md Sarip untuk perkongsian resipi Ikan Tongkol Masak Kicap ini 🙂
Bahan-bahan:
Ikan tongkol putih
(ayam/daging/telur goreng pun boleh, ikut suka anda)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah ratus
Kicap
Sos
Cili padi
Cara memasak:
- Goreng ikan (yang dilumur bersama garam dan kunyit).
- Bawang besar, bawang putih, halia, rempah ratus, cili padi, dipotong-potong dahulu. Kemudian kesemuanya digoreng agak-agak layu.
- Masukkan sos dan kicap. Digaul rata dan tunggu sehingga menggelegak.
- Tutup api. Tunggu sehingga agak-agak sejuk baru masukkan ikan yang telah digoreng.
*Cara ini supaya ikan tidak lembik dan masih rangup-rangup.
*Makan dengan nasi panas-panas, sambal belacan dan telur dadar pun dah sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Raha Md Sarip (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos