Selalunya bahagian isi memang tak laku sangat kan? Orang panggil ‘pemadam’. Jadi untuk mengatasi masalah itu, ketepikan bahagian isi dan kita buat dumpling ayam.
“Dumpling goreng menggunakan isi ayam.
“Setiap minggu beli ayam seekor tapi susah betul nak habiskan bahagian isi. Sudahnya koleksi isi ayam jadi banyak dalam sejuk beku tak tahu nk buat apa. Jadi menu petang ni kita guna isi ayam untuk buat dumpling goreng. Cuba korang tanya mak, ada tak isi ayam lebih? Komfem mak balas, adaa ni haaa… apesal ko tiba2 tanya? Hehehe Resepi mudah jer, mula2 kita kena buat inti dahulu baru buat kulit.”
Bahan Inti :
3/4 ketul isi ayam – cincang hancur
1 biji telur ayam – pastikan dicuci bersih
1 biji bawang besar – potong dadu
1 akar daun bawang – hiriskan
1 sudu kecil serbuk stok ayam knorr atau serbuk lada sulah ajinamoto
1 sudu kecil tepung jagung
Cara :
1. Campurkan semua bahan dan biarkan seketika di dalam peti sejuk untuk rasanya mesra. Sekiranya mahu rasa yang lengkap, boleh isi setitis dua minyak bijan.
Bahan Kulit :
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi kayu
Secubit garam
Air panas – agak-agak
Cara :
1. Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
2. Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat
Cara buat dumpling :
1. Isikan inti ayam ke atas kulit kemudian tarik/renggangkan sedikit kulit dan tutup inti.
2. Tekap kulit dumpling menggunakan garfu sahaja.
3. Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak.
4. Masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak kemudian curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali.
5. Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan.
6. Sedia dihidang. Dumpling boleh dicicah dengan kicap cair atau chili oil dan ditemani dengan air teh ‘o panas.
Resipi chili oil :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan 5 ulas bawang putih cincang dan 2 hirisan halia juga dicincang.
2. Sehingga bawang menjadi warna keemasan, padamkan api dapur dan masukkan 2 sudu besar serbuk cili kasar (chili flakes) dan satu sudu besar kicap pekat.
3. Jangan lupa taburkan secubit garam. Gaul sebati dan sedia dihidang.
Sumber : Zurina Zulkefli