Kadang-kala kita tak terasa nak makan nasi tapi lapar kan? Boleh cuba Resepi Roti Goreng Chicken Floss ni. Sedap dan kenyang!
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zainoor Aliza Ali atas perkongsian resipi Roti Goreng ini 😊
Bahan-bahan A:
1 cawan tepung goreng serbaguna
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 1/4 cawan air
Bancuh kesemuanya menjadi bancuhan macam untuk buat pisang goreng. Ketepikan.
Bahan-bahan B:
Roti putih
Chicken floss
Breadcrumb
Cara-cara:
1. Belah dua roti menjadi bentuk segi tiga. Canai nipis dan lipat dua
2. Sudukan chicken floss, lipat semula dan gamkan bahagian tepi dengan sedikit bancuhan tepung tadi.
3. Celup roti ke dalam bancuhan bahan A. Gaul bersama breadcrumb dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity