fbpx

Tarik Minat Anak-Anak Untuk Buat Kek Dengan Resepi Kek Minyak Paddle Pop Ini. Guna Sukatan Cawan Je, Senang.

iCookAsia

Sebagai ibu bapa, mesti anda tercari-cari apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Untuk anak perempuan pula, sudah pasti aktiviti memasaka atau baking yang diutamakan. Tetapi, memasak ini bukan untuk perempuan sahaja, malah, anak lelaki pun boleh. 

Disini Admin kongsikan resipi Kek Minyak yang sangat mudah dan cantik kerana ia berwarna-warni hasil inspirasi Aiskrim Paddle Pop. Pengguna Facebook ini juga menggunakan sukatan cawan dalam resipi. Jadi tidak lah begitu susah kan?

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Kek Minyak Paddle Pop ini 🙂

Bahan-bahan:

4 biji telur

3/4 cawan gula halus

1 sudu besar ovalette

1 cawan susu pekat

1 cawan minyak masak

1 sudu kecil esen vanila

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Pewarna biru, merah jambu, kuning

(Warna Paddle Pop)

Cara Membuat:

  1. Mixer telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Mix sekata lagi.
  3. Masukkan pula minyak masak, mix lagi.
  4. Ayak tepung gandum dan baking powder. Tuang ke dalam bahan-bahan yang di mixer tadi. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  6. Sapu loyang dengan marjerin atau alas menggunakan baking paper. Tuang adunan secara berselang seli mengikut warna paddle pop. 
  7. Bakar dengan suhu 165’ selama 50 minit menggunakan api atas dan bawah.
  8. Cucuk kek menggunakan lidi dan pisau, jika kek tidak melekat, boleh lah diangkat dan disejukkan. Tambah masa membakar jika kek masih belum masak secukupnya. Ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x