fbpx

Tart Cadbury. Cantik Dan Kemas Hasilnya. Sekali Masuk Mulut, Tak Boleh Berhenti. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Cara pembuatan Tart Cadbury yang dikongsikan ini cukup mudah namun hasilnya sangat kemas dan cantik. Disertakan juga langkah demi langkah bagi memudahkan untuk membuatnya.

Dan tidak perlu risau, coklat Cadbury tidak akan cair semasa proses membakar. Tapi yang penting kena sejukkan dahulu supaya proses meletakkan inti lebih mudah dan tidak comot.

 

Bahan :

250 gm butter

50 gm gula aising (kalau suka manis boleh tambah)

1 biji kuning telur

30 gm tepung jagung

30 gm  tepung custard

300-350 gm tepung gandum

Cara :

1. Pukul butter dan gula aising menggunakan whisk. Tak perlu guna mixer. Jangan terlalu lama, cukup hingga sebati.

2. Kemudian masukkan kuning telur dan sedikit pewarna kuning. Kacau rata.

3. Selepas itu masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh yang lembut. Yang senang untuk terap menggunakan acuan.

4. Gunakan acuan ini.

5. Cara picit adunan seperti dalam gambar. Picit terus di atas dulang jadi tak perlu angkat.

6. Susun coklat Cadbury. Coklat kena masukkan ke dalam peti ais dahulu kerana jika dibiarkan terlalu lama di luar, akan lembik dan cair semasa susun.

7. Kemudian picit adunan ke atas seperti ini.

8. Potong adunan dan renggangkan sedikit.

9. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.

Sumber : MasAyu Legacy‎

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x