Tart Telur paling famous di dunia ni tentulah dari Macau kan? Tapi nak ke sana semata-mata untuk merasai tart telur memang tak berbaloi.
Resipi perkongsian Norain Naim ni confirm lagi sedap daripada yang dijual di bakeri, malah tart telur Macau pun kalah. Resipi wajib cuba. Untung nasib, boleh jana pendapatan bulanan.
Bahan :
Pastri – boleh gunakan jenama Kawan
150 gm Gula pasir
250 ml Air panas
4 biji Telur
200 ml Susu segar / Full Cream
1 st Esen Vanila
Cara :
- Bancuh gula dengan air panas terlebih dahulu sehingga larut. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
- Pukul telur dengan whisk, tak perlu lama, kemudian masukkan air gula, susu segar dan esen vanila. Kacau sebati dan tapis bancuhan untuk membuang buih.
- Sapukan kulit pastri dengan sedikit butter supaya tidak melekat pada acuan. Selepas itu masukkan pastri dalam acuan dan tuang bancuhan telur tadi sehingga 90 peratus penuh. Jangan terlalu penuh dan melimpah kerana kulit luar akan menyerap filling dan membuatkan kulit pastri menjadi lembik.
- Bakar pada suhu 180c sehingga masak atau kekuningan mengikut masa ketuhar masing-masing.
- Untuk pastikan tart telur sudah masak, ambil lidi dan cucuk. Jika lidi bersih, bermakna tart sudah masak.
- Keluarkan daripada ketuhar dan terus cungkit kulit tepi pastri dengan lidi supaya mudah dikeluarkan apabila sejuk.
Kredit resipi & foto : Norain Naim
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/