fbpx

Taufufa Ala Pasar Malam. Lembut Dan Enak. Ada Tiga Bahan Ini Gerenti Jadi. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Mesti ramai yang rindukan juadah pasar malam kan? Kadang kala apa yang ada di pasar malam, bukan semua mampu dibuat di rumah seperti taufufa. Peniaga biasanya mempunyai mesin tersendiri untuk menghasilkan air kacang soya segar dan taufufa.

Namun di kala keadaan yang sukar begini, rasa kempunan membuak-buak, jangan risau. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Yang penting lebih mudah dan tetap enak.

Bahan :

2 Liter Susu kacang soya

1 cawan agar-agar. Kalau 12 gm, ambil separuh sahaja. (Kalau guna semuanya nanti, jadi puding pula)

1 keping Gula Melaka

 

Cara :

1. Larutkan agar-agar dengan satu cawan air di atas dapur. Jangan gunakan agar-agar terlalu banyak, nanti Taufufa akan keras seperti agar-agar.

2. Apabila sudah larut, tuangkan 2 liter air soya. Nak tambah gula sedikit pun boleh.

3. Apabila sudah mendidih, boleh tutup api. Tuangkan ke dalam bekas besar jadi nanti bolehlah cedok ala-ala pasar malam.

4. Simpan dalam peti sejuk dalam dua hingga tiga jam.

5. Cara membuat gula merah. Panaskan satu keping gula merah bersama 2 sudu gula kasar dan 3 cawan air. Masukkan sekali daun pandan dan halia. (Halia optional).

6. Selepas siap, tapis air gula merah. Jika ingin air gula putih, gunakan langkah yang sama.

7. Sejukkan dalam dua tiga jam sebelum dimakan.

8. Hasilnya cukup lembut dan enak.

Sumber : Anna Rashid

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x