Sekarang memang famous kan tauhu bergedil, tapi harini admin nak share resepi Tauhu Goreng Sumbat Ayam, lain sikit dengan tauhu bergedil sebab resepi ini tak menggunakan kentang. Jom tengok resepi ni, terima kasih kepada saudari Fairus Fatimah atas perkongsian resepi dan foto.
BAHAN-BAHAN
20 biji tauhu goreng dipotong 2
500gm isi ayam potong kecik
3 sudu besar serbuk lada sulah
10 biji Cili api potong 2
3 biji lada besar merah
Bawang putih ketuk je
Bawang besar potong dadu
Bawang goreng
Daun bawang potong kecik
Daun sup potong kecik
Minyak masak
Telor
Garam secukup rasa
1pcs kiub ayam
CARA-CARA
- Keluarkan isi tauhu yang dah dibelah, lenyekkan isi tauhu dan asingkan ke tepi.
- Panas kan minyak sedikit dalam 1 senduk kecik.
- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan masak. Masukkan lada sulah, garam, kiub pati ayam, cili api, cili besar dan isi tauhu goreng.
- Goreng sampai garing dan tutup api. Masukkan daun bawang, daun sup, dan bawang goreng.
- Sumbat semula isi ayam dan tauhu ke dalam tauhu tadi.
- Celup tauhu dalam telur, dan goreng . Siap.
Sesuai dimakan semasa minum petang. Selamat mencuba!
Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/