Setiap kali buat Telur Separuh Masak ni mesti akan ada terlebih cair atau terlebih keras. Dah jadi tak berapa sedap nak makan. Bukan itu sahaja tau, telur separuh masak ni makan dengan kicap saja pun dah sedap. Jom kita tengok tips nya.
Terima kasih Noorlaili Sahalan untuk perkongsian tips Telur Separuh Masak ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, rebuskan air dalam periuk dan pastikan air melebihi paras telur nanti.
- Kemudian, apabila air dah cukup mendidih, pastikan untuk kecilkan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Ini untuk memastikan supaya telur tidak akan pecah.
- Matikan api dengan segera.
- Seterusnya, tutup periuk dan biarkan telur tersebut dalam 8 hingga 10 minit.
- Buangkan air tadi dan boleh hidangkan dalam mangkuk.
Boleh makan dengan kicap ataupun pepper tau. Memang sangat sedap dan sesuai untuk dijadikan sarapan pagi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Noorlaili Sahalan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos