fbpx

Tempe Sambal Goreng Versi Sheila Rusly, Memang Puas Hati

iCookAsia

Menu tempe berlada ni ringkas tapi menyelerakan tau. Makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah makan. Nak hasilkan tempe goreng berlada yang sedap, semasa menumis lada, boleh masukkan juga daun limau purut atau daun kari untuk kelainan rasa dan aroma pada masakan. Mak mertua mesti suka kalau masak masakan seperti ini. 

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

1 ulas bawang besar

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

6 biji cili padi

6 biji cili merah

semua bahan di atas di kisar kasar

4 keping tempe

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng tempe dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  3. Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
  4. Masukkan daun limau nipis atau daun kari (dalam video tiada).
  5. Terakhir masukkan kesemua tempe goreng.
  6. Gaul hingga sekata semua bahan. Siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x