Ikan bakar yang dipanggang di atas kuali, ketuhar atau air fryer memang tak akan sama dengan keenakan ikan yang dibakar menggunakan arang. Tapi jika duduk di rumah tinggi, dekat mana agaknya nak membakar kan?
Cuba periksa di dapur jika ada periuk yang sudah tidak digunakan lagi. Nyalakan arang dan masukkan ke dalam periuk. Hidupkan api perlahan dan letakkan periuk di atas dapur dan letakkan pemanggang di atasnya. Balutkan dengan daun pisang untuk aroma yang lebih menyelerakan.
Jika mahu salai ikan, daging atau ayam, gunakan tempurung yang boleh dibeli di pasar atau asap daripada arang. Arang hanya dinyalakan sekadar bara untuk mengeluarkan asap.
Sumber : Fazliana Idris