fbpx

Teringin Makan KFC? Boleh Cuba Resepi Ayam Goreng Ala KFC Ini. Simple, Cepat Dan Crunchy!

iCookAsia

Kalau dapat makan ayam KFC mesti sedap kan? Apa kata anda cuba resepi Ayam Goreng Ala KFC Ini. Dengan hanya menggunakan dua bahan perapan sahaja tau tapi hasilnya sangat menarik. Crunchy dan nak buat pun sekejap sahaja.

Mesti tak sabar nak cuba kan? Jom kita try.

Terima kasih untuk Reha Rahma perkongsian resipi Ayam Goreng Ala KFC ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Perapan):

Kunyit

Stok ayam Maggi

Bahan B (Untuk Salutan Ayam):

Tepung gandum

Tepung Bestari

Cara membuat:

  1. Mula-mula, letakkan satu sudu kecil serbuk kunyit kedalam bekas berisi ayam. Sukatan ini adalah untuk sekilo kepak ayam.
  2. Kemudian, masukkan 3 sudu besar stok ayam pekat Maggi sebagai perisa untuk dijadikan bahan perapan.
  3. Perapkan ayam selama satu jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Boleh juga perap semalaman dan simpan dalam peti.
  4. Untuk bahan salutan, gunakan 1 cawan tepung gandum dan setengah cawan tepung bestari.
  5. Sebati kan tepung gandum dan tepung bestari. Salut ayam perapan dengan tepung.
  6. Seterusnya, sediakan air dalam mangkuk dan masukkan ayam bersalut tepung dalam air serta rendam dalam beberapa saat. Ini adalah petua untuk bagi nampak keriting pada ayam.
  7. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting seperti gambar di bawah. Kalau nak lagi banyak keriting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.
  8. Akhir sekali, gorengkan ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Reha Rahma(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x