fbpx

Teringin Nak Makan Sotong Celup Tepung? Boleh Buat Resepi Ini.

iCookAsia

Selepas ini, tak perlu pergi Terengganu sudah untuk makan Sotong Celup Tepung. Buat sendiri pun dah boleh makan. Lagi puas hati. Boleh makan banyak. Lagi sedap jika dimakan dengan sos kegemaran masing-masing.

Terima kasih Dapur Biru untuk perkongsian resipi Sotong Celup Tepung ini 🙂

Bahan- bahan:

½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung jagung

½ cawan tepung beras

Serbuk kunyit

Garam

1 biji telur

Air secukupnya

Sotong

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung beras, serbuk kunyit dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula garam, 1 biji telur dan kacaukan sebati.
  3. Sementara itu, masukkan pula air secukupnya. Kacau sehingga sebati dan adunan menjadi cair. Cair seperti yang ditunjukkan seperti dalam video.
  4. Kemudian, masukkan sotong.
  5. Panaskan minyak dan gorengkan sotong tersebut. Kemudian terbalikkan supaya ia masak.
  6. Akhir sekali, angkat dan toskan.

Selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dapur Biru(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x