https://www.instagram.com/p/BbBEc83jR5o/
Bahan – bahan:
AJI-SHIO® Lada Hitam
Segenggam Terung Pipit
5 Tangkai Daun Kesum
4 Biji Belimbing Buluh
3 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Kunyit Hidup
Cili Merah
Cili Hijau
Santan
Pati Ikan Bilis (Budu)
Sedikit Ikan Bilis
2 Biji Telur
Cara penyediaan:
1. Bawang putih , bawang merah dan kunyit ditumbuk sehingga lumat.
2. Kemudian , tumbuk ikan bilis dan masukkan sedikit bersama Lada Hitam
AJI-SHIO® .
3. Sementara itu, rebus terung pipit separuh masak kemudian tapis airnya.
4. Tuangkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk
bersama, 2 sudu besar pati ikan bilis (budu)
5. Setelah mendidih, masukkan terung pipit, daun kesum, belimbing bulu dan cili.
6. Kemudian masukkan Lada Hitam AJI-SHIO® mengikut tahap kepedasan tersendiri.
7. Akhir sekali, masukkan telur dan garam tetapi pastikan rasa dahulu kerana pati ikan bilis itu sudah masin.