fbpx

Tiada Mentega Atau Minyak Untuk Buat Kek? Jom Buat Kek Pandan Santan Lemak Manis Ini. Sedapnya…

iCookAsia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung untuk dua minggu lagi. Buat para ibu mesti sudah tiada idea untuk memasak apa lagi, atau pencuci mulut apa lagi. Segala jenis resepi sudah di cuba. 

Tetapi, pernahkah anda mencuba resepi Kek yang tanya Mentega atau Minyak? Seperti seorang pengguna Facebook ini, kehabisan dua bahan ini sewaktu nak buat Kek. Jadi beliau gantikan dengan santan. Tidak sangka hasilnya sangat lah sedap dan berlemak manis. Haa, nak tahu rasanya apa? Jom cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Kek Pandan Santan Lemak Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

4 biji telur gred A

1 3/4 cawan gula halus

4 cawan tepung  gandum 

4 sudu teh baking powder (ayak sekali bersama tepung)

1 sudu besar ovalette

15 helai daun pandan

2 1/2 cawan santan (kisar bersama daun pandan)

Cara membuat:


1. Korang pukul telur dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan ovalette. Pukul lagi.


3. Kemudian masukkan santan selang seli dengan tepung. Masukkan kedalam loyang berlengser minyak. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.

*Nak buat dalam bentuk cupcakes pun boleh.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x