Ikan Siakap ini memang di pasaran, harganya sedikit mahal berbanding ikan-ikan yang lain. Tetapi jika anda tahu tempat, memang boleh jumpa Ikan siakap yang murah dan berpatutan. Tapi pastikan ikan tu segar ya.
Bila disebut Ikan Siakap ni, memang tiada masakan lain terlintas di fikiran iaitu Siakap Stim atau sweet sour. Betul tak? Tetapi, masak Stim ni lah paling sedap sebab betul-betul segar. Kalau pekena Siakap Stim Ala Vietnam pun lagi best kan? Jom buat!
Terima kasih Khadijah Jaafar untuk perkongsian resipi Ikan Siakap Stim ini 🙂
Bahan-bahan Stim:
1 ekor ikan siakap
2 batang serai – diketuk
1 biji limau
Garam
Bahan Kuah Sos Vietnam (Nuoc Cham) :
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2/3 sudu besar gula, bergantung kepada tahap manis disukai
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan air perahan limau nipis
2 sudu besar cuka
5 biji cili padi, dihiris halus
Beberapa helai daun ketumbar, dihiris halus
Cara penyediaan:
*Kalau tiada pengukus, anda boleh gunakan kuali biasa dan sediakan seperti gambar di atas.
1. Lumurkan ikan dengan perahan 1 biji limau. Letakkan serai ke dalam belahan perut ikan. Sapu sikit dengan garam.
2. Bila air mendidih kukuskan ikan hingga masak, dalam 15-20 minit. Pastikan tutup kuali dengan penutup.
3. Untuk bahan sos, satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga semua sebati. Sesuaikan rasa ikut selera tekak sendiri.
4. Selepas ikan masak, buangkan air yang bertakung mangkuk pengukus. Dengan buang air ni, ikan stim akan rasa lebih sedap dan tidak hanyir.
5. Tuangkan ke ke atas ikan stim tadi. Sedap makan dengan nasi panas, ratah macam tu pun sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khadijah Jaafar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/