fbpx

Timun Goreng Pecah Telur. Sudah Cuba Baru Tahu Keenakannya. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Selalunya timun dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu, namun menurut empunya resipi, menu Timun Goreng Pecah Telur ini dikongsikan daripada seorang wanita Cina. Sekali cuba, memang tidak boleh lupa kesedapannya.

 

“Alhamdulillah sedap sgt.dpt resepi dri aunty cina waktu g hospital aritu..dia ckp cucu dia suke sgt mkn lauk ni…timun goreng pecah telur..x cube mcm pelik..da cuba baru tau sedap sgt!

 

Bahan :

2 batang Timun jepun/biasa (potong ikut suka)

3 ulas Bawang kecil *

2 ulas Bawang putih*

Setengah genggam Ikan bilis*

Lada (ikut tahap kepedasan)

Tumbuk bahan *

 

Cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Kacau sebati.

2. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

3. Masukkan timun dan gaul rata. Masukkan sedikit air.

4. Selepas itu pecahkan telur. Biarkan telur masak dan kacau rata.

Sumber : Izarizayu Idris

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x