Anda tahu tak sebenarnya minyak yang kita baru sahaja guna sekali dapat dibersihkan dan digunakan lagi? Satu ilmu baru kan. Ramai orang yang akan buang minyak selepas mereka guna.
Jom Admin share cara nak bersihkan minyak
Terima kasih Richard untuk perkongsian tips bersihkan minyak ini 🙂
Bahan-bahan:
100 gm tepung jagung
150 ml air
Cara-cara:
- Pertama sekali, ketika minyak masih panas, sediakan tepung jagung dan air. Adunkan dua bahan tersebut sekali.
- Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam minyak yang sedang panas dan tutup api.
- Â Campuran tepung akan menyerap semua sisa kotor dalam minyak tersebut.
- Selepas 15 minit, angkat campuran tersebut.
- Minyak sudah boleh digunakan tanpa sisa kotoran.
Selamat mencuba!
 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Richard
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos