Kunyit merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan. Kunyit memberi warna kuning pada masakan.Ia juga terkenal dengan khasiatnya untuk mencantikkan kulit.Â
Tapi kali ini, Admin nak share dengan anda semua perbezaan yang perlu diketahui ramai mengenai Ibu Kunyit dan Kunyit.
Terima kasih Fauzi Karim untuk perkongsian tips Perbezaan Antara Ibu Kunyit Dan Kunyit ini 🙂
Tips:
- Untuk pengetahuan anda semua, ibu kunyit yang akan menjadikan pokok kunyit itu tumbuh sedangkan cabang (anak) yang tumbuh bersebelahan dengan ibu kunyit.
- Dari segi warna pula, ibu kunyit mempunyai warna yang lebih oren. Manakala, kunyit menunjukkan warna yang kuning.
Kadang-kadang ramai tertanya, mengapa warna gulai tak cantik? Kerana ramai antara kita yang menggunakan kunyit dan bukannya ibu kunyit. Mesti rasa pelik kan, bukan sama sahaja ke kunyit ini? Tidak. Ada perbezaan antara ibu kunyit dan kunyit.
Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉
Kredit tips dan gambar: Fauzi Karim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos