fbpx

Tips Sukatan Nisbah Paling Senang Untuk Masak Agar-Agar Dengan Cantik. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kadang kala susah nak agak berapa nisbah air yang harus digunakan sewaktu membuat agar-agar. Ada yang menggunakan liter, tapi tidak semua pandai menisbahkannya. Jadi tips yang disediakan ini adalah cara paling mudah untuk menganggarkan jenis kekentalan atau lembut agar-agar yang ingin dibuat.

1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.

2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas atau cawan atau mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.

3. Nisbah agar-agar kepàda air atau apa-apa cecair termasuk susu atau santan dsb) adalah:

Agar-agar : cecair

1 bekas : 4 bekas (keras-keras manja tetapi kalau suka keras sikit, ok dah cantik )

1 bekas : 4.5 bekas (sedang-sedang saja)

1 bekas : 5 bekas (lembut tetapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat)

Nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yg disukai. Anggarannya, contoh agar-agar dapat satu gelas, airnya empat ke lima gelas mengikut suka mahu kekentalan bagaimana. Begitu juga jika letakkan susu atau santan, sukatkan sekali dengan air supaya dapat kuantiti gelas yang dimahukan.

Jadi tak perlu sukat tepat-tepat sangat timbangan agar-agar atau isipadu cecair sekiranya tak yakin. Insya Allah jadi agar-agar tu nanti. Cubalah!

Cara ini mudah sebab:

1. Kalau kita beli agar-agar timbang di kedai yang tiada plastik, tak boleh nak sukat air dengan plastik.

2. Kalau tak mahu pakai semua agar-agar dalam sepeket tu, cara ini paling sesuai digunakan.

3. Sebanyak mana nak masak agar-agar pun, kalau sukat agar-agar satu periuk, cara ini masih berkesan. Sesuai utk meniaga.

4. Ada juga petua menggunakan cawan atau sukatan liter tetapi kita tidak tahu saiz cawan yang digunakan atau tiada alat penyukat liter spesifik atau botol air 1.5L, jadi cara ini lebih selamat digunakan.

5. Untuk dadih dan taufufa boleh letak air dalam enam ke lapan bekas.

6. Petua ini petua arwah mak dan arwah maklong saya dulu. Semoga bermanfaat untuk yang masih ragu-ragu nak masak agar-agar. Apapun cara yang kita gunakan, asalkan dapat agar-agar yang cantik dan sedap, tak ada masalah. lain orang lain caranya kan?

Sumber : Zaleha Rusli

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x