Siapa yang selalu ke kedai Thailand makan tomyam, wajib buat sendiri menu ni, hasilnya sama macam dekat kedai. Selalunya resipi ini menggunakan udang sebagai bahan utama, namun jika tiada, gantikan sahaja dengan ayam.
Untuk membuat tomyam, pastikan tidak perasakan dengan garam kerana rasanya akan lari. Jom cuba resipi perkongsian Hafizah Haron ni.
Bahan untuk didih :
3 cawan Air
3 batang Serai – hiris menyerong
2 ibu jari Lengkuas – di ketuk
1 labu Bawang besar holand – hiris nipis
5 helai Daun limau purut
Akar daun ketumbar
Cili api – ketuk
Bahan B :
3/4 cawan Santan pekat
3 sudu besar Pes Tomyam – muka Nyonya Thai
6 – 8 sudu besar Sos ikan – gunakan yang ada gambar sotong kering. Lebih sedap
1 sudu teh Gula
Udang / Ayam
Bahan C :
Cendawan tiram
Daun ketumbar
Tomato
1 biji perahan limau nipis. Jangan gunakan limau kasturi
Cara :
- Didihkan bahan diatas lama sedikit supaya aroma dan rasa keluar daripada sayuran. Selepas mendidih, masukkan bahan B.
- Biarkan masak sebentar, namun jangan masak udang atau sotong terlalu lama kerana isi akan keras dan kurang sedap.
- Sebelum tutup api, masukkan bahan C.
- Tutup api. Sayuran akan lembut kerana kuah masih panas mendidih.
Kredit resipi & foto : Hafizah Haron
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/