Buat peminat tomyam, mesti sudah ada favourite tempat untuk makan tomyam kan. Tomyam yang ‘kick’ tu yang best. Tetapi, sekarang ini pula PKP, bila lapar malam malam lagi lah tak boleh nak order kan?
Jangan risau, boleh ikut resipi di bawah ini. Rasa sama macam di kedai makan di luar tu. Jom cuba!
Terima kasih Miz’s Shaliza untuk perkongsian resipi Tomyam Ala Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
Udang, sotong, ayam
Bawang holland
Perencah tomyam
Daun limau purut
Cendawan
Serai
Lengkuas
Tomato
Susu cair (agak-agak)
Air limau
garam dan gula
Cara memasak:
- Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula pes tomyam.
- Bila air dah mendidih masukkan lauk-lauk, bawang besar, lengkuas, serai, daun limau purut dan cendawan biarkan seketika.
- Akhir sekali masukkan air limau. Selepas itu, masukkan susu cair, garam dan gula.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Miz’s Shaliza (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/