Vietnamese Spring Rolls ni memang cukup sesuai untuk korang yang tengah diet. Tapi kalau tak diet pun, menu ni memang sedap dibuat kudapan. Terasa segar dengan setiap kunyahan rangup sayuran yang terdapat di dalamnya. Jom cuba resipi daripada Chef Nurul.
Bahan-bahan:
15 ekor isi udang yang telah direbus
1 paket pepperoni ayam
1 paket crab stick
Rice paper
Daun salad
Lobak merah (Dihiris memanjang & nipis)
Sengkuang (Buang kulit dan dihiris memanjang
Timun Jepun (Dihiris memanjang)
3-4 helai daun ketumbar
Suhun di celur seketika untuk dilembutkan
Air kosong secukupnya
Cara membuat :
1. Ambil 1 keping rice paper, basahkan dan letak di atas pinggan yang basah (untuk elak dari “rice paper” melekat) dan celupkan “rice paper” dalam air hanya utk dibasahkan sahaja. Nanti ia akan makin lembut dengan sendirinya.
2. Susun sayur salad diikuti dengan sayur lain-lain hingga ke hujung rice paper.
3. Lipat kiri kanan dan gulung 2 kali. Sebelum habis gulung, susun udang 3 ekor dan gulung habis. Untuk isi pepperoni dan crab stick, ikut cara balutan yang sama.
Bahan Kuah pencicah:
Bahan pencicah spring roll vietnam
8 sudu besar Sos Cili SAJI
2 sudu besar Sos Tomato SAJI
1 sudu besar Sos Tiram SAJI
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air
1 sudu besar biji bijan putih
2 batang ketumbar sekali daunya dihiris halus
1 sudu teh garam
Bahan penciciah
Bahan kisar:
6 biji cili padi merah/hijau
1 kiub pati ayam
2 sudu besar gula
1 gelas air
1 tangkai ketumbar – daun sekali batangnya
4 biji bawang putih
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan kisar di dalam pengisar dan kisar lumat.
2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk diikuti dengan sos cili, sos tiram, sos tomato dan air bancuhan tepung jagung.
3. Kacau sebati. Apabila sudah mendidih, matikan api dan tabur bijan serta daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan.