Kalau dapat makan Udang Goreng Tepung pun best juga kan? Dengan rasa crunchy tapi lembut di luar. Nikmat rasanya. Bukan itu sahaja, kalau beli di luar, tak dapat nak makan banyak. apa kat cuba buat ikut resepi ini? Mesti nak lagi.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Eka Zahra perkongsian resipi Udang Goreng Tepung ini 🙂
Bahan-bahan:
8-10 ekor udang (size sederhana buang kulit, tinggalkan bahagian ekor nya)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Serbuk pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
Air masak
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan tepung gandum dan baking powder.
- Masukkan serbuk pati ayam dan serbuk kunyit, gaul rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan pekat seperti gam. Biarkan 15 minit.
- Panaskan minyak, api sederhana.
- Kemudian, celup udang dalam adunan hingga tersalut rata, putar-putarkan supaya salutan sedikit tebal.
- Goreng hingga terendam udang hingga keperangan, hati-hati dengan minyak terpercik.
- Akhir sekali, angkat dan toskan atas kitchen towel.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Eka Zahra(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity